ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Kelibat unit ujian Wuling Baojun EV Mini SUV dikesan

Foto Intip

Views

Model yang seakan ‘klon’ Suzuki Jimny versi EV ini, Wuling Baojun EV Mini SUV mula menjalani ujian jalan raya di China.

Kelibat unit ujian ini masih lagi sarat dengan pelitup celoreng penyamaran, meskipun wajah sebenarnya telah pun diperlihatkan dalam artikel kami yang terdahulu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Baojun adalah satu jenama di bawah usaha sama SAIC-GM-Wuling (SGMW) dan berada pada kedudukan sedikit tinggi berbanding dengan jenama Wuling, yang terkenal menerusi model Mini EV.

SUV cilik yang berbentuk kotak ini dijangka akan berkongsi pelantar bersama satu lagi model EV, Baojun KiWi, dengan dua motor elektrik.

Bagaimanapun, KiWi hanya menggunakan motor elektrik tunggal di bahagian belakang dengan pilihan output sama ada 54 atau 68 kuasa kuda.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jadi, dengan penambahan satu lagi motor elektrik, Mini SUV ini setidak-tidaknya mampu menjana output sebanyak 110 kuasa kuda.

Kuasa dibekalkan kepadanya menerusi pek bateri 31.9 kWj dengan jarak tempuh melebihi 300 km.

Versi sedia-pengeluarannya bakal dipamerkan semasa Guangzhou Auto Show pada penghujung November. Pelancaran rasminya ke pasaran China pula dijadualkan pada suku pertama (Q1) 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit gmauthority.com

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply