ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Nissan Almera 2020 tanpa pelekat penyamaran dikesan sekitar Putrajaya

Foto Intip

Views

Tak sempat panas artikel kami sebentar tadi, muncul pula foto intip Nissan Almera 2020 tanpa pelekat penyamaran yang berjaya dikesan sekitar Putrajaya pagi tadi. Sekali lagi, foto intip terbaharu itu dikongsikan oleh rakan media kami di PanduLaju.com.my.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Menurut mereka, kelibat Nissan Almera 2020 telah berjaya dirakam oleh pembaca laman web mereka bernama Zarul Mohd Zaman. Unit yang dikesan itu langsung tidak menggunakan plat perdagangan sekali gus menolak kemungkinan ia sedang menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Mungkin juga Almera 2020 ini turut menjalani penggambaran iklan atau mempunyai tujuan lain di pusat pentadbiran kerajaan itu kerana ia juga bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat. Kami meramalkan, “Cik Mera” akan memberi laluan kepada “Cik City” untuk dilancarkan terlebih dahulu.

Untuk pasaran Malaysia, besar kemungkinan Almera 2020 bakal dijana oleh enjin 1.0 liter tiga silinder turbo yang mampu menghasilkan 100 kuasa kuda @ 5,000rpm, dan daya kilas 152Nm @ 2,400-4,000rpm, yang dipadankan dengan transmisi jenis Xtronic CVT dengan teknologi D-Step Logic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply