ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Boyue Edisi 1 Juta ‘pinjam’ jeriji Infinite Weave Proton X70

Berita Global

Views

Nampaknya Geely seolah-olah memberi penghormatan kepada Proton dengan mendedikasikan rekaan jeriji Infinite Weave X70 pada model edisi khas sempena meraikan pencapaian sejuta unit jualan Boyue pada 4 Ogos lalu.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Memandangkan ia hanyalah model edisi khas, rekaan luaran model ini menampilkan perubahan kosmetik yang sangat minima, paling ketara pada bahagian jeriji depan. Selain itu, lencana di tengah-tengah bar belakang pula telah digantikan dengan tulisan Geely.

Di bahagian dalam, rekaan papan pemuka model ini telah dikemas kini, termasuk reka bentuk stereng tiga jejari yang rata di bahagian bawah dan juga sistem infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 10.25-inci. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan meter digital, kawalan iklim dwizon, kemasan kulit dan bumbung suria panorama sebagai pilihan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Model ini masih menggunakan enjin 1.8-liter turbo empat silinder petrol yang didatangkan dengan dua talaan kuasa berbeza, 163 PS/250 Nm yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan manual dan 184 PS/300 Nm bersama kotak gear 7-kelajuan dwicekam (DCT). Kesemua varian hanya didatangkan dengan pacuan roda hadapan sahaja.

Boyue Edisi 1 Juta ditawarkan dengan tiga pilihan varian, dengan tanda harga bermula dari RMB99,800 (RM60,122), sedikit mahal berbanding Boyue versi biasa. Tujuh pilihan warna boleh ditawarkan, antaranya Solid White, Pearl Silver, Jade Black, Fire Red, Titanium Gold, Crystal Grey dan satu warna baharu, Cosmos Purple.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply