ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Nissan Serena (C28) 2023 mulakan ujian di Malaysia, bakal dilancar tahun ini ke?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah unit ujian generasi keenam Nissan Serena (C28) mula kelihatan di jalan raya Malaysia. Unit yang dilitupi dengan pelekat penyamaran berwarna hitam itu berjaya ditemui sekitar Genting Highlands.

Ia sempat dirakam oleh salah seorang pembaca laman web Paultan.org bernama Makinen Goh dan telah dikongsikan menerusi ruangan komen di Facebook group paultan.org Automotive/Car Discussion Group, sejak semalam.

Adakah ini petanda awal yang Serena (C28) bakal dilancarkan oleh pihak Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dalam tahun ini? Jika diperhatikan kepada foto-foto yang ada, beberapa perubahan kosmetik dibuat pada model tersebut dan masih lagi disembunyikan, antaranya pada rekaan lampu, pintu dan bampar belakang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Walaubagaimanapun, ia masih lagi mengekalkan reka bentuk asas ‘kotak’ dan boleh dikatakan tidaklah berubah dengan begitu ketara. Serena (C28) telah membuat debut global sulungnya pada bulan November di Jepun, tahun lalu.

Ia menampilkan reka bentuk hadapan yang lebih bergaya dengan gaya reka bentuk baharu Nissan, lampu hadapan yang disusun bertingkat yang bergabung dengan jeriji hadapan dan lampu siang LED (DRL).

Di ruang kabinnya pula kini lebih ringkas dan moden, dengan kelompok instrumen digital yang seolah-olah berlipat dan bersambung terus dengan unit inforianya. Reka bentuk unit kawalan pendingin hawanya juga nampak lebih kemas dan tersusun.

Di Jepun, Serena (C28) ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, salah satunya enjin 2.0 liter Aspirasi Alami (NA) ME20DD yang menghasilkan 150 PS dan 200 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Manakala satu lagi adalah unit petrol 1.4 liter 3 silinder yang digandingkan bersama sistem siri hibrid e-Power. Enjin petrol yang menghasilkan 98 PS dan 123 Nm daya kilas ini bertindak sebagai penjana dalaman untuk unit motor elektrik yang menghasilkan 163 PS dan 315 Nm.

Dari segi keselamatan pula, ia merupakan model keluaran Nissan yang pertama dilengkapi dengan ADAS Pro Pilot 2.0 yang tampil dengan beberapa ciri baharu seperti Collision Avoidance Steering Assist, ProPilot Parking dan ProPilot Remote Parking.

Di Jepun, Serena C28 ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu Highway Star V dan e-Power Luxion (mercu). Ia dijual pada harga ¥ 3.269 juta (RM 110,321) untuk varian Highway Star V, manakala e-Power Luxion pula berharga ¥ 4.798 juta (RM 162,020).

Agaknya bilakah ETCM akan melancarkan Serena C28 ke pasaran Malaysia?

Kami menjangkakan, paling awal ia akan tiba pada suku keempat (Q4) 2023 atau selewat-lewatnya awal tahun 2024. Ini memandangkan Serena S-HYBRID facelift baharu sahaja diperkenalkan pada Jun tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Makinen Goh via paultan.org Automotive/Car Discussion Group

Nissan Serena (C28) 2023

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply