ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang dan empat lebuh raya pada September

Berita Tempatan

Views

Beberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya pada September depan, tidak lagi terhad kepada sistem pembayaran berasaskan Touch ‘n Go.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Leburaya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi, berkata sejak awal tahun ini, beliau sudah mengarahkan perancangan serta perbincangan bersama pihak terbabit serta syarikat konsesi lebuh raya bagi mengorak langkah ke arah pelaksanaan sistem pembayaran terbuka.

Ujar beliau menerusi kenyataan di Facebook, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini antara inisiatif awal sebagai peralihan kepada arah Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementeriannya untuk mengaplikasikan satu sistem pembayaran terbuka.

Beliau berkata, buat masa ini, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi bayangan monopoli Touch ‘n Go (TnG) mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Alexander memaklumkan, ‘Proof of Concept‘ (POC) MLFF juga akan dijalankan sebelum penghujung Oktober depan bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya di Malaysia.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Katanya, lokasi pelaksanaan POC sedang dalam rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Tambah beliau, pelaksanaan MLFF ini akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan MLFF, sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan bagi kutipan tol di semua lebuh raya sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai pihak penyedia kemudahan ‘e-dompet’ untuk turut serta selain menghentikan monopoli oleh TnG.

Dengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka.

Beliau juga berharap usaha ini akan mendapat kerjasama semua pihak dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua terutamanya rakyat dan pengguna lebuh raya di negara ini. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply