ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kekal momentum julan – Tiga model kekal terajui segmen masing-masing

Berita Tempatan

Views

Jualan kereta di Malaysia terus menunjukkan peningkatan pada bulan Ogos dengan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 50,000 unit buat bulan kedua berturut-turut. Proton turut tidak ketinggalan mencatatkan bulan penjualan terbaik yang kedua pada tahun 2020 dengan jualan sebanyak 11,378 unit.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Meskipun mengalami penurunan sebanyak 14 peratus dari bulan Julai, tetapi ia meningkat sebanyak 24.7 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2019. Pegangan pasaran untuk bulan Ogos dianggarkan berada pada 21.6 peratus manakala angka sejak awal tahun sehingga kini dianggarkan sebanyak 21.7 peratus.

Dengan pencapaian jualan sebanyak 61,672 unit setakat bulan Ogos pada tahun 2020, Proton telah mengatasi jumlah jualan tahun lepas dalam tempoh yang sama sebanyak 46 unit. Selain itu, tiga model Proton berjaya mendahului jenama lain dalam segmen masing-masing. Persona dan Exora sekali lagi mencatat jualan tertinggi dan berjaya mempertahankan kedudukannya walaupun menghadapi persaingan sengit dari jenama lain.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Sementara itu, X70 kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dan terus menerajui segmen ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, dengan pencapaian jualan kini telah mengatasi prestasi tahun 2019, pihaknya yakin boleh menangani cabaran dari wabak COVID-19.

Tambah beliau, kesan yang positif terhadap syarikat, pekerja dan pembekal tidak boleh dipandang rendah dan mereka berharap untuk meneruskannya sehingga akhir tahun untuk memberikan impak yang besar terhadap ekosistem industri automotif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply