ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Persona dan Iriz MC2 versi crossover diuji sekitar Johor Bahru

Foto Intip

Views

Laman Facebook rakan media kami di Careta.my petang ada ada menyiarkan beberapa foto intip terbaharu yang memaparkan unit ujian Persona dan Iriz MC2 versi crossover. Menurut mereka, kelibat kedua-dua unit berpelitup celoreng itu berjaya dirakam oleh rakan pembaca, Bard Taiko di sekitar Johor Bahru.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Yang menarik perhatian kami adalah unit Persona MC2 yang dicat dengan warna hitam berkilat dan menggunakan rim yang dikatakan dipinjam dari model Iriz R3 Limited Edition. Namun, ia bukan lah Persona ‘Black Edition‘ seperti yang kami pernah war-warkan sebelum ini kerana ia sebenarnya prototaip ujian untuk Persona MC2.

Untuk unit ujian Iriz MC2 versi crossover pula, ia mula menampakkan sedikit demi sedikit bahagian depan kerana kita sudah boleh melihat imbasan reka bentuk kasar bamparnya. Selain itu, bentuk susunan lampu hadapan juga berbeza kerana ia dikatakan akan menggunakan mentol jenis LED. Rim aloinya juga nampak lebih besar dan besar kemungkinan ia menggunakan saiz 16 inci.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Untuk foto intip kali ini, nampaknya Iriz MC2 versi crossover masih lagi mengekalkan lampu belakang model sedia ada tanpa sebarang pelitup celoreng seperti yang pernah kami siarkan dalam artikel terdahulu. Ada kemungkinan lampu tersebut kekal atau mungkin juga ia mengalami sedikit perubahan, seperti pada model Persona MC2.

Menurut maklumat terkini yang kami perolehi dari ejen perisik Mat Bond, kedua-dua model ini berserta versi crossover dijangka akan mula memasuki fasa pengeluaran sekitar penghujung suku pertama 2021. Jadi, menurut jangkaan kami, ia mungkin bakal dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai tahun depan atau mungkin lebih awal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply