ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X70 MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan jeriji “Inifinite Weave” baharu!

Foto Intip

Views

Akhirnya kita dapat melihat ‘wajah baharu’ pada unit ujian Proton X70 MC2 yang telah berjaya dirakam dari jarak paling dekat siang tadi.

Foto-foto tebaharu ini berjaya dirakam oleh sahabat kami H+Z di sekitar bandar Tanjung Malim. Apa yang pasti perubahan yang agak drastik dilakukan dengan menampilkan lampu, jeriji dan bampar serba baharu.

Kita juga dapat melihat susunan reka corak jeriji “Inifinite Weave” yang kelihatan pada unit ujian tersebut. Jika anda perasan, coraknya hampir sama dengan versi yang ada pada model S50 (SS11).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Foto bahagian belakang juga berjaya dirakam dan perubahan kosmetik yang dibuat hanya terhad pada bahagian bamparnya sahaja, manakala bentuk lampu belakang masih lagi tidak berubah.

X70 MC2 merupakan versi kembar kepada Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina. Kelibat kerangkanya (Body In White – BIW) dari dalam kilang telah pun tertiris dalam artikel terdahulu.

Ejen perisik Mat Bond memaklumkan, rekaan hadapan X70 MC2 akan menggunakan elemen jejalur busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” pada jeriji dengan butiran berlian seperti model X90.

Ia juga akan menggunakan lampu hadapan jenis LED rekaan baharu mirip X90 dan berkemungkinan besar ia merupakan unit yang sama seperti Boyue Pro dan Azkarra.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah Mat Bond, ruang kabinnnya turut mengalami perubahan dengan menampilkan susun atur papan pemuka serba baharu.

Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 RC1. Ada kemungkinan X50 RC1 akan turut mengalami perubahan kosmetik kecil dan diberi beberapa penambahbaikan.

Kata Mat Bond lagi, fasa pengeluaran model X70 MC2 dan X50 RC1 dijadualkan sebulan selepas pengeluaran massa model sedan S50 (SS11) yang dijangka pada bulan Oktober nanti.

Ini bermakna S50 (SS11) berkemungkinan akan dilancarkan sekitar November, manakala X70 MC2 dan X50 RC1 pula akan menyusul sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya Januari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit H+Z

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply