ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS bakal ada tiga model kereta? Sedan, SUV dan hatchback kompak?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars sebentar tadi mula menyiarkan video acah yang memaparkan ‘siluet’ tiga model kereta dengan bentuk badan berbeza iaitu sedan, SUV dan hatchback kompak.

Dengan kapsyen “Are u ready for e.MAS?“, ia seolah-olah memberi petunjuk awal bahawa jenama kenderaan elektrik (EV) Proton itu bakal melancarkan tiga model yang berbeza.

Namun, setakat ini tidak ada sebarang maklumat berkenaan dengan model-model tersebut, kecuali model SUV dengan namakod dalaman ‘E245‘ dan secara kebetulan ia berkongsi namakod yang sama dengan Geely Galaxy E5.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Model tersebut berkemungkinan besar adalah model sulung Proton e.MAS yang merupakan versi pemanduan kanan (RHD) kepada Geely Galaxy E5.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond memaklumkan delegasi wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa oleh pihak pengurusan Proton ke China beberapa bulan lalu untuk memandu uji model Galaxy E5.

Bukan itu sahaja, permohonan tanda dagang nama ‘e.MAS7‘ telah difailkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Yang menjadi persolan ketika ini, apakah dua lagi ‘model misteri’ iaitu sedan dan hatchback kompak yang bakal menggunakan lencana kepala harimau itu nanti?

Pada firasat penulis, ada kemungkinan model hatchback kompak itu adalah versi RHD model Geome Xingyuan jika diperhatikan pada siluetnya.

Manakala model sedan itu pula, berkemungkinan model sedan Geely Galaxy E8, yang baru-baru ini telah memenangi anugerah Platinum A’ Design Award dan Red Dot Award: Product Design 2024.

Walaubagaimanapun, dua model tersebut hanyalah tekaan penulis dan mungkin ada model lain yang akan muncul kemudian, siapa tahu kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

Foto kredit Auto.Sohu

Geely Galaxy E8

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply