ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota Innova Zenix mula naik treler pengangkut, petanda awal pelancaran dalam masa terdekat?

Foto Intip

Views

Kelibat beberapa unit model Toyota Innova Zenix berada di atas treler pengangkut telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke akaun Facebook rakan sekutu kami, The Ajerul sejak petang semalam.

Menurut The Ajerul, foto intip itu sempat dirakam oleh warganet bernama Mohamad Anuar Ismail sekitar North Port, namu tidak dapat dipastikan ke manakah destinasinya.

Kini timbul persoalan, adakah dengan ‘penampakan’ Innova Zenix itu memberi petanda yang model ini akan dilancarkan oleh pihak Toyota Malaysia dalam masa terdekat?

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Setakat ini tiada sebarang informasi, waima ‘iklan acah’ awal yang menjurus kepada petanda awal pelancarannya. Bakal ‘seteru terkuat’ Proton X90 ini membuat debut pertamanya di Indonesia pada November 2022.

Generasi baharu Innova ini dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan, tidak seperti generasi sebelumnya yang menggunakan ‘kerangka tangga’, Innovative International Multipurpose Vehicle (IMV).

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,755 mm panjang , 1,850 mm lebar dengan jarak antara gandar roda 2,850 mm, manakala jarak lega tanahnya pula, 185 mm.

Di negara jiran iaitu Indonesia, model ini ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, sama ada versi petrol dan hibrid. Versi petrol dikuasakan oleh enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder yang menjana 174 PS dan 205 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT. Untuk hibrid pula, ia dijana enjin Dynamic Force 2.0 liter dengan output sebanyak 152 PS dan 187 Nm daya kilas yang digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 113 PS dan 205 Nm daya kilas.

Ini bermakna, kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan output keseluruhan sebanyak 186 PS. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear e-CVT. Versi hibrid ini juga dilengkapi dengan pek bateri jenis logam-nikel hidrida (Ni-MH).

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan Pengurangan Lengkung Kelajuan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Di Indonesia, Innova Zenix dengan pilihan varian, iaitu G, V dan Q dengan harga bermula dari Rp 423 juta (RM130,189) bagi varian asas petrol, manakala harga varian asas versi hibrid bermula dari Rp 464 juta (RM142,834).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

Toyota Innova Zenix

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply