Portal permotoran Spyder7.com melaporkan, Toyota kini sedang membangunkan model crossover Raize versi tiga baris dengan tujuh tempat duduk.
Raize merupakan model yang berasaskan generasi kedua Daihatsu Rocky dan di Malaysia ia mempunyai satu lagi kembar, iaitu Perodua Ativa.
Menurut Spyder7, model tersebut bakal dikenali sebagai “Raize Space” dan nama tersebut telah pun dipatenkan sejak 2022.
Raize Space akan mempunyai saiz badan yang lebih besar dan berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Rocky dan Raize.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Difahamkan dimensi Raize Space mempunyai ukuran 4,295mm panjang, 1,700mm lebar dan 1,680mm tinggi. Ruang dalamannya pula dijangka mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dewasa.
Tidak dapat dipastikan bagaimana rupa sebenar model ini, tetapi ia dijangka mempunyai reka bentuk lampu berbentuk “L” seperti model terkini Toyota.
Dari segi rangkaian kuasa, ia akan dijana oleh enjin 1.2-liter tiga silinder sebaris bersama motor elektrik “e-SMART HYBRID“.
Setakat ini tiada maklumat mengenai versi petrol, atau ia hanya ditawarkan secara eksklusif untuk versi hibrid sahaja.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Dari segi kecekapan bahan api pula, versi hibridnya dijangka sekitar 26km/liter atau lebih, meskipun saiz badannya semakin membesar. Raize Space dijangka membuat debut global sulungnya pada 2024.
Adakah model ini akan menjadi pengganti kepada Perodua Aruz? Menurut ejen perisik Mat Bond, sepatutnya Aruz facelift dijadualkan dalam tahun ini, namun telah ditangguhkan sehingga ke tahun 2026.
Jika dilihat dari ‘selang masa’ facelift Aruz yang agak lambat iaitu pada 2026, kami menjangkakan Perodua akan terus membawa model Aruz serba baharu berasaskan Raize Space ke pasaran.
Pada ketika ini Perodua sedang menumpukan kepada aspek pengeluaran dan penghantaran model semasa terlebih dahulu dan membangunkan model crossover kompak berasaskan Yaris Cross, iaitu D66B, Ativa facelift dan Myvi generasi keempat (D01D).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Response
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI