ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAN Malaysia anjur majlis penyerahan terbesar buat pelanggan dari seluruh negara

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd telah menyerahkan Trak MAN Baharu dengan enjin Euro V, kepada 14 pelanggan dari seluruh negara yang merangkumi pelbagai segmen ekonomi.

Ia merupakan acara penyerahan yang terbesar pernah diadakan oleh  setakat ini. Berikut adalah senarai pelanggan yang menerima Trak MAN Baharu dengan enjin Euro V:

  • Juta Cahaya Gemilang Sdn Bhd dan Sikap Mawar Sdn Bhd dari Pulau Pinang
  • Mekar Angkut Sdn Bhd dan Pancaran Matahari Logistics Sdn Bhd dari Kelantan
  • Zha Pengangkutan Sdn Bhd dari Terengganu
  • SBK Logistics Sdn Bhd dari Johor
  • L & R Haulage Sdn Bhd dari Negeri Sembilan
  • G Sdn Bhd, Gamalux Sdn Bhd, Gill Logistics Sdn Bhd, NX Transport Service (M) Sdn Bhd, Rani Transport Sdn Bhd, Sidhu Brothers Transport Sdn Bhd dan Taipanco Sdn Bhd dari Lembah Klang

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Trak MAN baharu pelbagai model dan spesifikasi telah diserahkan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua bagi Kawasan Jualan Antarabangsa bagi MAN Truck & Bus SE, Roman Sitte yang kali pertama berkunjung ke negara ini.

Sepuluh daripada syarikat tersebut merupakan pelanggan MAN kali pertama, sekali gus mencerminkan keyakinan yang kian meningkat di kalangan ahli industri logistik terhadap jenama dari Jerman itu.

Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai ciri standard bagi seluruh rangkaian produknya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Setelah lebih setahun kemudian, Trak MAN dengan enjin Euro V mendapat pujian daripada para pemilik syarikat dan pemandu trak.

Trak MAN telah terbukti jimat bahan api, kos penyenggaraan lebih rendah dan peningkatan dari segi masa pengendali, di samping kecekapan kos secara keseluruhan.

Ini secara tidak langsung menyumbang kepada jumlah kos pemilikan lebih rendah. Pemandu pula menghargai ciri-ciri seperti keunggulan dari segi keselesaan, keselamatan, ergonomik, kuasa, pembrekan dan gaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply