ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi L200 / Triton ‘tanpa beg udara’ gagal ujian kemalangan Latin NCAP – Langsung tiada bintang?

Berita Global

Views
Mitsubishi L200 - No Airbags

Mujurlah undang-undang di Malaysia telah mewajibkan pemasangan sekurang-kurangnya dua beg udara untuk semua kereta baharu, jika tidak statistik kemalangan maut sudah pasti sukar untuk dibendung. Namun lain pula kisahnya di Amerika Selatan yang merupakan salah satu kawasan yang masih lagi tidak menguatkuasakan undang-undang untuk memaksa pengeluar kereta untuk memasang beg udara pada model asas.

Baru-baru ini, Latin NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian kemalangan yang melibatkan trak pikap Mitsubishi L200 / Triton yang tiada sebarang beg udara. Maka tidak hairanlah jika model trak pikap ini hanya mendapat 0-Bintang untuk Perlindungan Penumpang Dewasa mahupun Kanak-kanak.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Menurut Setiausaha Agung Latin NCAP, Alejandro Furas, keputusan ini amat mengejutkan, lebih-lebih lagi melibatkan pengeluar kereta dari Jepun seperti Mitsubishi. Ia sudah semestinya amat mengecewakan Latin NCAP dan pelanggan di Amerika Selatan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai etika pengeluar kereta di pasaran negara-negara tersebut.

Kata beliau, model yang sama di pasaran seperti Eropah menawarkan tujuh beg udara dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) sebagai ciri standard selain pelbagai ciri keselamatan yang lain. Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Amerika Selatan dan Caribbean (Latin NCAP) turut mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan mengelirukan daripada seorang jurujual, yang memberitahu ‘pembeli misteri’ “model ini tidak memerlukan beg udara kerana strukturnya cukup kuat”.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Dalam respon mengenai keputusan ini, Mitsubishi berjanji akan  meningkatkan peralatan standard untuk model trak pikap paling popular di Amerika Selatan ini bermula Februari 2020, dengan menambah dua beg udara dan tali pinggang keledar dengan praregangan dan pengehad beban.

Walaubagaimanapun, Latin NCAP menjangkakan hanya 2-Bintang mampu dicapai dengan tambahan kelengkapan tersebut kerana ia masih tiada pelindungan sisi kepala, pelindungan pejalan kaki dan ESC. Pada masa yang sama, Latin NCAP turut menguji Chevrolet Onix yang berjaya memperolehi 5-Bintang bagi Perlindungan Penumpang Dewasa dan Kanak-kanak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply