ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Maruti YFG, Toyota D22 dan bakal SUV Perodua 2023 dikesan dalam jarak dekat

Foto Intip

Views
All New 2022 Suzuki Vitara Brezza Next Generation Vs OLD Gen Brezza 👌

Toyota dan Maruti Suzuki kini dilihat kian rancak menguji SUV kompak terbaharu hasil usahasama kedua-dua syarikat di India, yang ketika ini hanya dikenali dengan namakod Maruti YFG dan Toyota D22.

Model yang digembar-gemburkan dalam artikel terdahulu sebagai bakal model SUV terbaharu Perodua (2023) itu dijangka tiba ke pasaran India sebelum perayaan Deepavali tahun ini.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kedua-dua model ini akan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Model yang dibangunkan khusus untuk ‘pasaran baharu’ ini akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.

Ia bakal dihasilkan di kilang pengeluaran Toyota di Karnataka. Maruti YFG dan Toyota D22 yang bakal berentap dengan Hyundai Creta dan KIA Seltos itu dijangka sarat dengan pelbagai ciri-ciri serta teknologi terkini.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Antaranya unit infohibur jenis terapung, Android Auto dan Apple CarPlay, teknologi ketersambungan, arahan suara dan 6 beg udara. Selain itu, kedua-dua model juga bakal ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid.

Menurut ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan untuk versi Perodua, ia bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas dan pilihan trenkuasa hibrid akan turut ditawarkan untuk varian andalan sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply