ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X50 ronda-ronda sekitar Melawati

Foto Intipan

Views

Setelah puas meronda di merata ceruk Semenanjung Malaysia, unit ujian Proton X50 berceloreng kembali melakukan ujian sekitar Lembah Klang. Ia telah berjaya dikesan pagi tadi di sekitar Melawati oleh Ab yang memuatnaik foto-foto tersebut ke Whatsapp group Malaysia X50 Community.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Kali ini kita dapat melihat dengan agak jelas kedudukan stereng kereta ini di sebelah kanan kerana foto ini dirakam dari jarak yang agak dekat. Unit yang diuji menggunakan Geely Bin Yue versi Sport yang menggunakan diffuser dengan empat corong ekzos, tetapi menggunakan spoiler belakang versi biasa.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dikala rakyat Malaysia ternanti-nanti kehadiran Proton X50, Geely baru-baru ini telah melancarkan kembarnya Coolray di Filipina. Model pemanduan sebelah kiri yang diimport sepenuhnya dari China itu diedarkan oleh rakan niaga Geely dari Jepun, Sojitz G Auto Philippines.

Dari laporan terkini yang kami perolehi, Proton X50 sah akan dilancarkan pada tahun depan (2020) dan model terakhir Proton tahun ini adalah X70 versi CKD yang akan dilancarkan seawal bulan Oktober atau November 2019. Pengeluaran massa X70 versi CKD dijangka bermula hujung bulan ini dan bakal menjadi model Proton pertama yang menggunakan logo baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply