ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perkenal identiti korporat baharu

Berita Tempatan

Views

Proton membuka lembaran baharu untuk merealilasikan impian dan misi mereka sebagai jenama automotif global dengan memperkenalkan logo dan slogan baharu sebentar tadi. Logo Proton kini berwajah baharu dengan menampilkan rekaan yang lebih ringkas, moden dan kemas. Selain logo, slogan jenama ini turut bertukar dari ‘It’s in the drive‘ sebelum ini kepada ‘Inspiring Connections‘.

Tiada lagi bentuk perisai melindungi kepala harimau dalam logo kali ini. Kepala harimau yang menjadi identiti jenama tersebut telah diolah kembali dalam bentuk 3 dimensi dan ia akan mula digunakan pada model X70 pemasangan tempatan (CKD).

Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi, Proton Holdings Bhd berkata dengan pengenalan logo baharu ini, ia membuka lembaran baharu terhadap perjalanan Proton selama ini. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong pula, penjenamaan semula ini melambangkan aspirasi syarikat dalam mengukuhkan komitmen terhadap pelanggan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tambahnya lagi, mereka tidak tergesa-gesa melancarkan penjenamaan baharu ini pada permulaan perjalanan kami pada tahun 2017. Sebaliknya, mereka memfokuskan segala usaha untuk menyelesaikan pelbagai isu pelanggan, mewujudkan produk yang lebih baik, meningkatkan rangkaian wakil penjual, dan membina kembali kepercayaan para pelanggan.

Penjenamaan baharu Proton juga dipacu oleh tiga nilai teras utama iaitu teknologi inovatif, keandalan dan antarabangsa. Proton akan terus berusaha memastikan produk-produknya dilengkapi dengan teknologi paling inovatif, dengan melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat global dan platform Geely iNTEC yang maju.

Kini rangkaian kenderaan terbaharu Proton mempunyai ciri inovatif seperti kawalan suara “Hi, Proton” dan juga pengenalan Saga 2019 sebagai kenderaan pertama berharga bawah RM40,000 yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan standard seperti EBD dan ABS.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Proton juga komited terhadap keandalan (reliability) sama ada ia melibatkan kereta keluarannya termasuk perkhidmatan selepas jualan. Matlamat ini perlu melalui peningkatan kualiti produk dengan mengaplikasikan piawaian global dan amalan terbaik, termasuklah melalui latihan kakitangan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Selain itu, Proton turut bekerjasama rapat dengan rangkaian wakil penjualnya, yang kini berjumlah 102 buah pusat 3S / 4S secara keseluruhan. Impian Proton adalah untuk menjadi jenama antarabangsa yang unggul, dan antara salah satu daripada tiga pengeluar automotif terbaik di rantau ASEAN.

Bagi merealisasikannya, Proton akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya di peringkat global, memanfaatkan keupayaan rantaian bekalannya yang bertaraf antarabangsa, menarik bakat di peringkat global dan menggunapakai teknologi global untuk menjadi jenama automotif yang berdaya saing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply