ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton ‘pulun’ lima Anugerah Pilihan Editor CarSifu

Berita Tempatan

Views

Strategi Proton melancarkan lima model baharu dalam tempoh lapan bulan membuahkan hasil apabila mereka berjaya meraih lima anugerah di majlis makan malam Gala Anugerah Pilihan Editor CarSifu kali keempat semalam. SUV pertama Proton, X70 menang besar dengan membolot dua anugerah termasuk Kereta Terbaik Malaysia 2019 manakala Iriz, Saga dan Exora masing-masing memenangi satu anugerah.

Berikut adalah senarai kategori anugerah yang dimenangi oleh Proton dalam Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2019:

  • Proton X70 – KategoriSUV/Crossover Saiz Besar (dua barisan tempat duduk) dan Kereta Terbaik Malaysia 2019.
  • Proton Exora – Kategori Best Family Ride (RM50,000 sehingga RM100,000, tiga barisan tempat duduk)
  • Proton Iriz – Kategori Best Compact Hatch (bawah RM70,000).
  • Proton Saga – Kategori Best Compact Sedan (bawah RM70,000).

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Kesemua model yang dipilih sebagai pemenang adalah daripada varian Premium, yang dilengkapi unit infotainmen pintar. Ciri-ciri seperti pengecaman suara untuk akses yang pantas ke aplikasi navigasi, muzik dan ramalan cuaca, terbukti menjadi tarikan utama dalam kalangan pembeli.

Proton Saga turut dilengkapi skrin sesentuh 7-inci terapung dalam varian Premium dan meskipun ia tidak mempunyai sistem sambungan yang sama, ciri-ciri itu turut menyediakan fungsi pencerminan untuk telefon bimbit Android yang membenarkan akses ke aplikasi kegemaran pengguna.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain itu, beberapa faktor lain turut diambil kira oleh barisan juri CarSifu ialah reka bentuk baharu Proton serta ciri-ciri keselamatan sedia ada dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Kenderaan Proton juga dilengkapi sistem keselamatan pasif dan aktif yang komprehensif pada setiap model.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook, mereka berterima kasih kepada barisan editor CarSifu kerana anugerah yang diterima ini memberikan kepuasan kepada semua. Tambahnya lagi, ia juga akan mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih keras agar dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Malaysia serta di pasaran eksport.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply