ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Toyota Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022 tampil dengan ‘celoreng penyamaran’ baharu

Foto Intip

Views

Ini kali kedua unit ujian Toyota Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022 dan kali ini ia tampil dengan ‘celoreng penyamaran’ baharu. Dalam artikel terdahulu, unit ujian berkenaan hanya dilitupi dengan ‘celoreng penyamaran’ berwarna hitam.

Foto-foto terbaharu ini telah dimuatnaik oleh portal permotoran Thailand, autolifethailand.tv. Model baharu sepenuhnya itu bakal dilancarkan di negara tersebut pada suku ketiga 2022.

Yaris ATIV (D92A) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan reka bentuknya banyak dipengaruhi oleh model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurut autolifethailand.tv, Yaris ATIV (D92A) bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.2 liter petrol aspirasi alami (NA) (3NR-FKE) dari model semasa yang disambungkan dengan transmisi automatik Super CVT-i.

Selain itu, model ini juga ditawarkan dengan pilihan trenkuasa, hibrid 1.5 liter (M15A-FXE) yang kini digunakan pada model Toyota Aqua / Yaris versi Jepun. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik e-CVT dengan pacuan roda hadapan.

Dari segi penggayaan, reka bentuk Yaris ATIV (D92A) menampilkan gaya ala ‘fastback‘ dnegan bumbung belakang yang sedikit melengkung dan curam. Ia sama seperti profil bumbung Daihatsu DN F-Sedan Concept.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Gaya sebegini menjadikan profil luaran Yaris ATIV (D92A) lebih segak, sporty dan kelihatan seperti model dalam segmen-C ke atas yang lebih premium. Jika anda perasan, bentuk jeriji serta jejalur melintang yang menyambungkan antara kedua-dua lampu hadapan banyak dipengaruhi oleh model Camry.

Dari segi keselamatan pula, semua varian Yaris ATIV (D92A) bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan yang ada pada model semasa, seperti:

  • Brek anti-kunci (ABS)
  • Agihan daya brek (EBD)
  • Bantuan brek BA
  • Kawalan kestabilan kenderaan
  • Sistem kawalan cengkaman anti-gelincir
  • Bantuan mula mendaki
  • Amaran perlanggaran hadapan
  • Bantuan keluar lorong
  • 7 beg udara (bahagian hadapan,tirai dan lutut)

Model Yaris ATIV (D92A) @ Vios 2022 bakal dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos 2022. Kami menjangkakan model ini akan tiba di Malaysia pada tahun hadapan. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit autolifethailand.tv

Daihatsu DN F-Sedan

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply