ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : VinFast uji kereta elektrik pertama

Foto Intip

Views

Nampaknya dalam diam-diam, pengeluar kereta dari Vietnam, VinFast sedang giat membangunkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka. Menurut Reuters, model tersebut bakal dilancarkan tahun depan (2021) dan akan membuat kemunculan sulungnya di Los Angeles Auto Show pada bulan November tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Kelibat prototaip ujian dalam ‘mod penyamaran’ itu telah berjaya dikesan oleh seorang warganet bernama Nguyễn Mạnh Thắng yang telah memuat naik foto-fotonya ke laman Facebook OTO+. VinFast telah memilih SUV kompak sebagai EV sulung mereka dan rekaan model ini nampak mantap meskipun masih sarat dengan celoreng penyamaran .

Jika dilihat pada foto yang dirakam, jelas saiznya lebih kecil berbanding sebuah lagi SUV, VinFast Lux S.A 2.0 yang pernah dipandu oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam lawatan kerja beliau ke Vietnam, Ogos tahun lalu. Dari segi reka bentuk, SUV kompak ini masih mengekalkan identiti rekaan VinFast yang diilhamkan oleh firma reka bentuk Itali, Pininfarina.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

VinFast memaklumkan model ini akan menggunakan sel bateri yang dibekalkan oleh syarikat Korea Selatan iaitu LG Chem. Ia akan disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan akan menjalani program ujian bermula Januari 2021, sebelum ke fasa pengeluaran menjelang Julai tahun yang sama.

SUV elektrik ini mampu bergerak sejauh 500 kilometer untuk sekali cas penuh. LG Chem berkata, pada April tahun lalu mereka telah mengadakan usahasama dengan VinFast untuk menghasilkan bateri lithium-ion untuk skuter elektrik dan juga kenderaan elektrik untuk pengeluar tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nguyễn Mạnh Thắng

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply