ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas mabuk cuba rempuh dan maki hamun polis

Berita Tempatan

Views

Ada lagi kes berkaitan dengan pemandu mabuk, kali ini berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Berita Harian melaporkan, beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, malam tadi.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Bukat setakat mabuk, malah suspek dalam usia warga emas (64 tahun) itu turut bertindak agresif ketika ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku pada jam 10.30 malam.

Kata beliau dalam kejadian itu, suspek cuba melanggar anggota yang bertugas di sekatan jalan raya, namun anggota polis berkenaan sempat mengelak daripada dilanggar. Tambahnya, lelaki yang memandu kenderaan jenis Ford Fiesta, dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Anbalagan berkata, anggota polis yang berada di sekatan jalan raya itu, bertindak menahan suspek sejurus kejadian. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan turut memaki hamun anggota yang bertugas. Hasil ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat ‘Screening Device II‘ (SDII) mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 218 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah.

Kata Anbalagan lagi, lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan kedua. Pemandu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sekyen 186 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Kini

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply