ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar tingkatan lima maut dirempuh pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi dipandu seorang pemandu mabuk di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, yang menunggang Yamaha Y15 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kemalangan berlaku selepas Myvi dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit mengubah laluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di laluan itu.

jjj

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Jelas beliau, pada masa sama penunggang motosikal yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri Myvi berkenaan. Zulkefly berkata, mangsa yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat, disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Tambahnya, pemandu Myvi diarahkan menjalani ujian pernafasan menggunakan alat Evidential Breath Analyzer (EBA) dan didapati paras alkohol dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan. Kata beliau lagi, lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply