Mungkin tidak sanggup lagi melihat jualan mereka ‘dicantas’ oleh Honda City, Toyota dijangka memperkenalkan Vios generasi baharu (namakod D92A) di Thailand pada suku ketiga tahun ini.
Menurut portal permotoran dari Thailand Headlightmag.com, model sedan sub-kompak baharu itu dibina menggunakan pelantar Daihatsu New Global Platform (DNGA).
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
Gaya reka bentuknya pula diinspirasikan dari model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.
Desas-desus mengatakan, nama Vios juga berkemungkinan bakal digugurkan dan akan digantikan dengan nama Yaris. Model ini juga dikhabarkan bakal menerima pilihan varian hibrid.
Sekiranya benar Toyota ingin menawarkan varian Vios hibrid, mungkin ia mengguna pakai sistem yang ada pada model Rocky e:Smart Hybrid.
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
Model baharu Vios/Yaris sedan ini nanti bakal dijana oleh enjin 1.2 liter aspirasi alami (NA), dan bukannya enjin turbocas seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Menurut ejen perisik Mat Bond, Toyota Malaysia dijangka memperkenalkan Vios generasi baharu seawal bulan Mac 2023. Selain Vios (D92A), model trak pikap Hilux facelift juga akan diperkenalkan tahun depan.
Apa pun, kita nantikan info selanjutnya mengenai Toyota Vios (D92A) generasi baharu dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan Daihatsu DN F-Sedan
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
KOMEN TERKINI