ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu percepat penyerahan kenderaan serta perkenal SOP baharu di pusat servis

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan yang mereka akan memberikan keutamaan untuk mempercepatkan serahan, terutama bagi mereka yang telah membuat tempahan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Sejumlah 300 tempahan bagi pelbagai model Isuzu telah diterima sebelum perintah berkenaan dilaksanakan, dan keutamaan akan diberikan untuk memastikan semua pelanggan menerima kenderaan mereka secepat mungkin selepas operasi perniagaan disambung semula kini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, pihaknya memahami pelanggan amat memerlukan kenderaan yang telah ditempah dan akan memastikan semua pelanggan menerima kenderaan Isuzu D-Max baharu mereka secepat mungkin.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan tempoh memproses kenderaan-kenderaan terbabit menjadi lebih cepat, bermula dari kilang di Pekan, Pahang yang kemudiannya dihantar kepada pengedar di seluruh negara. Proses serahan juga diperbaharui dan disesuaikan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan bagi membasmi penularan wabak COVID-19.

Antara protokol utama termasuk untuk merekodkan suhu badan semua kakitangan sebelum memulakan tugas setiap pagi, mewajibkan penggunaan pelitup muka, sanitasi setiap permukaan sentuhan di premis sebanyak tiga kali sehari dan kenderaan yang dipamer mahupun milik pelanggan akan disanitasi selepas setiap sentuhan dengan manusia.

Semua pelawat di cawangan Isuzu juga turut dikehendaki untuk diambil bacaan suhu badan mereka menggunakan termometer infra-merah, sementara cecair sanitasi tangan serta pelitup muka akan disediakan di semua premis terlibat. Pelanggan yang datang untuk mengambil kenderaan baharu mereka akan dimaklumkan tarikh serahan oleh penasihat jualan dan diberikan penetapan masa khusus untuk mengelakkan keadaan sesak di premis.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Pemilik kenderaan Isuzu yang tempoh jaminan kenderaan mereka telah tamat ketika tempoh PKP secara automatik akan menikmati lanjutan 30 hari bermula 13 Mei 2020. Sementara bagi kenderaan yang sudah terlepas jadual servis yang sepatutnya pula tidak perlu risau kerana jaminan kenderaan tidak akan terkesan disebabkan kelewatan itu.

Pelanggan yang berhasrat membawa kenderaan mereka untuk diservis adalah dinasihatkan membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis rasmi Isuzu mereka memandangkan semua cawangan beroperasi di bawah peraturan PKPB yang ketat mengikut negeri masing-masing ketika ini.

Untuk memastikan jarak sosial yang selamat dan sistematik, jumlah kenderaan yang diterima untuk servis setiap hari juga akan berpandukan kepada kapasiti di setiap premis terlibat dengan jarak sosial minimum satu meter antara setiap individu.

Untuk mengatur sesi melihat atau pandu uji kenderaan Isuzu, pelanggan yang berminat boleh membuat temujanji melalui laman Facebook Isuzu Malaysia di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply