ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo S60 T8 CKD kini di Malaysia – RM295,888 tidak termasuk insurans

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan model Volvo S60 T8 pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia. Sama seperti varian yang diimport sepenuhnya (CBU), Volvo S60 T8 CKD hanya akan didatangkan dalam satu trim – T8 R-Design.

Volvo S60 T8 CKD dikuasakan oleh enjin T8 Twin Engine e-AWD plug-in hibrid yang mempu menghamburkan sebanyak 407 kuasa kuda dan 640 Nm daya kilas. Motor elektriknya menyalurkan 87 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilas, manakala enjin petrol Drive-E, yang dilengkapi dengan teknologi pengecas super dan pengecas turbo, menghasilkan 320 kuasa kuda dan tork 400 daya kilas.

Ini terbukti kerana ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat! Menurut pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain, sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), S60 T8 CKD bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan ekzos, tetapi turut menawarkan pecutan dan prestasi yang menyeronokkan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Inisiatif Volvo memperkenalkan PHEV dan kenderaan elektrik adalah bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon bagi setiap kenderaan sebanyak 40 peratus dalam tempoh antara 2018 dan 2025. Selain itu, Volvo adalah pengeluar kereta pertama yang menggunakan teknologi blockchain untuk memantau dan mengesan kobalt di seluruh rangkaian pembekalan. Ini bermakna pek bateri yang digunakan di dalam S60 T8 CKD diperolehi secara bertanggungjawab.

Bahagian dalaman model ini menampilkan kemewahan dan keanggunan Scandinavia. Pelanggan boleh memilih kemasan tempat duduk dengan balutan Charcoal Fine Nappa Leather dengan Open Grid Textile yang eksklusif. Sistem bunyi 14-pembesar suara buatan Harman Kardon yang dipautkan ke sistem infohiburan Sensus Connect melengkapi kemewahan Volvo S60 T8 CKD.

Sistem ini serasi sepenuhnya dengan Apple CarPlay dan Android Auto, yang membolehkan pemandu kekal berhubung sepanjang masa. Kawalan intuitifnya pula adalah antara muka skrin sentuh gaya tablet yang menggabungkan fungsi kereta, navigasi dan aplikasi hiburan dalam kereta. Model ini dibangunkan dari pelantar Scalable Product Architecture (SPA) serta dilengkapi teknologi keselamatan dan sistem infohiburan Volvo Cars sendiri, yang digunakan dalam kereta mewah 90 Series.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Dalam aspek keselamatan, Volvo S60 T8 CKD menawarkan City Safety dengan teknologi Autobrake, yang membantu pemandu mengelakkan potensi pelanggaran dan satu-satunya sistem di pasaran yang mengenalpasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar. Ciri ini juga dilengkapi dengan brek automatik bagi mengurangkan perlanggaran dari arah hadapan.

Sistem Pilot Assist – yang menyokong pemandu dengan stereng, pecutan dan brek di atas jalan yang bertanda jelas sehingga 130km/j – telah dinaik taraf dengan prestasi membelok yang bertambah baik. Kereta ini juga dilengkapi Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan lain-lain sistem bantuan stereng. Ia turut dilengkapi dengan Cross Traffic Alert bagi mengesan lintasan objek di belakang kereta semasa mengundur.

Volvo S60 T8 CKD akan dijual pada harga RM295,888 (atas jalan, tanpa insuran, termasuk duti eksais dan cukai jualan) dan akan dipamerkan di semua pengedar Volvo yang sah seluruh negara bermula hari ini. Pada masa sama, ia juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman sesawang Volvo Car Malaysia. Empat warna menarik ditawarkan iaitu Crystal White Pearl, Fusion Red Metallic, Onyx Black Metallic dan Pebble Grey Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply