ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jajaran Lebuhraya WCE Kampung Lekir-Beruas telah dibuka

Berita Tempatan

Views

Jajaran Seksyen 9 dan 10 dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas, Perak, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) telah dibuka secara rasmi kepada pengguna sejak jam 10 malam tadi. Bernama melaporkan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan berkata pembukaan jajaran sepanjang 45 kilometer dengan anggaran kos pembinaan bernilai RM917 juta itu dapat menjimatkan masa selama 30 minit ke Pekan Beruas.

Katanya, jajaran ini akan menjadi laluan pintas kepada penduduk tempatan di sekitar Teluk Intan, Kampung Lekir, Sitiawan, Beruas dan Seri Iskandar. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Aziz Bin Abdullah dan Pengerusi West Coast Expressway Holdings Berhad, Datuk Hamzah Hasan turut hadir pada Majlis Pembukaan Jajaran Seksyen 9 dan 10 WCE di Plaza Tol Kampung Lekir semalam.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Syed Omar Sharifudin berkata terdapat lima persimpangan keluar masuk yang terlibat di jajaran tersebut iaitu persimpangan Kampung Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas. Tambahnya, pengguna tidak akan dikenakan bayaran tol sehingga pihak kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi pengenaan tol serta kadar tol bagi lebuh raya berkenaan.

Menurutnya lagi, pembukaan jajaran itu merupakan yang kedua selepas pembukaan pertama melibatkan jajaran Seksyen 8 dari Persimpangan Hutan Melintang ke Persimpangan Teluk Intan pada 31 Mei lepas. Lebih 600,000 kenderaan telah menggunakan laluan Seksyen 8 itu yang menjadi laluan pintasan kepada penduduk di sekitar Sabak Bernam, Selangor, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan di Perak.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Ujarnya lagi, jajaran tersebut juga dapat memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan Jalan Persekutuan FT005 dan turut memiliki kemudahan awam seperti surau dan bilik air bersebelahan Plaza Tol Hutan Melintang dan Plaza Tol Teluk Intan.

Laluan Jalan Persekutuan FT005 iaitu dari Teluk Intan ke Kampung Lekir dan dari Tanjung Karang ke Hutan Melintang di Selangor juga sedang dinaik taraf bagi membolehkan lebuh raya ini dapat digunakan dengan selesa apabila siap sepenuhnya kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply