ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta bawa ketum langgar lori ikan – Penumpang kereta maut

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja maut dan rakannya cedera apabila sebuah Proton Waja yang sarat dengan muatan daun ketum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan. Harian Metro melaporkan kejadian tersebut berlaku di Simpang 4 Yap Boon Yang, Tanah Merah pagi tadi.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang kereta berusia 16 tahun manakala pemandu berusia 33 tahun patah kaki kanan. Pemandu lori berusia 37 tahun dan kelindan 21 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila Proton Waja yang membawa muatan penuh daun ketum keluar dari simpang sebelah kanan lalu merempuh sebuah lori jenis Isuzu dari arah Jalan Padang Siam menghala ke Jalan Wan Ahmad.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Tambahnya lagi, kereta terbabit melanggar bahagian sisi kanan lori menyebabkan lori terbalik ke kiri jalan. Akibat perlanggaran itu, penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang berasal dari Kampung Kubur Datu, Jeli dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan rakannya turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, daun ketum itu dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. Tambahnya lagi, kenderaan pula ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply