ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penerima vaksin terkejut dapat hadiah motosikal

Berita Tempatan

Views

Seorang pesawah dari Padang Sanai di Padang Terap tidak menyangka mendapat hadiah sebuah motosikal selepas menjadi penerima vaksin Covid-19 yang ke 49,900 di daerah ini.

Sinar Harian melaporkan, Mohd Isham Md Isa, 44, mendapat hadiah yang disumbangkan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid itu selepas menerima suntikan vaksin semalam.

Katanya, dia sememangnya terkejut apabila menerima hadiah berkenaan yang dirasakan amat bernilai kepada dirinya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Dia memang sedang mengumpul wang untuk membeli motosikal baharu sejak beberapa tahun lepas. Motosikal terpakai yang dibelinya sejak lima tahun lepas digunakan untuk ke sawah padi dan semakin uzur.

Motosikal ini akan digunakannya untuk berulang alik mendapatkan rawatan masalah kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mohd Isham yang masih bujang berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar atas sumbangan motosikal tersebut.

Sementara itu, Mahdzir berkata, sumbangan itu sebagai tanda meraikan kejayaan semua pihak dalam mencapai sasaran pemberian vaksin Covid-19 di daerah Padang Terap.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurutnya, pihaknya menghargai usaha penduduk Padang Terap yang keluar beramai-ramai mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri dan masyarakat setempat.

Katanya, ini adalah hasil kerjasama dan usaha keras semua pihak bagi menjayakan program vaksinasi di kawasan itu seperti pandu lalu dan ‘outreach‘ kepada penduduk kampung.

Beliau turut menjelaskan bahawa angka 49,400 dipilih kerana ia merupakan jumlah penduduk berusia 18 tahun ke atas dalam daerah Padang Terap yang layak divaksinkan berdasarkan bancian dilakukan pada tahun 2010.

Dalam perkembangan sama, Mahdzir berkata, lebih 2,000 remaja berusia 16 dan 17 tahun di daerah Padang Terap akan menerima suntikan vaksin bermula Isnin.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Unit Promosi Kesihatan PKD Padang Terap

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply