ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jam tangan Bugatti Chiron Tourbillon untuk ‘kluster bangsawan’ dari Jacob & Co.

Berita Global

Views

Bila sebut sahaja jenama Bugatti dan Jacob & Co., pasti anda sudah terbayang yang produk keluaran mereka hanya untuk ‘kluster bangsawan’ sahaja. Buat pertama kalinya, pengeluar hypercar Bugatti bersama-sama pembuat jam dan barang kemas bertatahkan berlian, Jacob & Co. berkolaborasi untuk menghasilkan jam tangan mewah Chiron Tourbillon.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Apa yang pasti kemasan binaannya cukup memukau dan harganya tentunya sangat mahal. Jam Chiron Tourbillon menampilkan rekaan yang sangat unik dan boleh dikatakan ia merupakan miniatur kepada enjin Chiron W16 yang boleh bergerak kesemua 16 ombohnya. Kalau anda tidak percaya saksikan video di atas.

Untuk membuatkan anda lebih teruja, segala komponen dalam jam ini mengambil masa setahun untuk disatukan dan ia diperbuat daripada 578 bahagian yang berbeza. Menurut Jacob & Co. bahagian aci engkol ( crankshaft) merupakan salah satu bahagian jam paling kecil dan paling rumit yang pernah dihasilkan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Bahagian atas dan sisi jam ini menggunakan diperbuat daripada kristal safir (sapphire crystal) dan tourbillon jam ini dicondongkan ke hadapan sebanyak 30 darjah supaya segala ‘isi perutnya’ dapat dilihat dengan lebih jelas. Harga bagi seutas jam tangan ini dikhabarkan sekitar $280,000 atau RM1.2 juta.

Meskipun harganya tersangatlah mahal bagi ‘marhaen’ seperti kita, bagi yang mampu memiliki Chiron ia sebenarnya hanyalah sebagai pelengkap koleksi mereka sahaja. Duit terlalu banyak sampai dah tidak kisah beli jam harga berjuta, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply