ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tokan dadah kena cekup di sekatan jalan raya Op COVID-19

Berita Tempatan

Views

Seorang penganggur yang dipercayai ‘tokan dadah‘ ditahan anggota polis selepas cuba untuk menyorokkan 30 paket dadah di dalam poket seluarnya ketika melalui sekatan jalan raya. Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang ketika melalui sekatan Op COVID-19, di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, Klang.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas beliau, pemeriksaan ke atas suspek telah menemui dadah disyaki heroin seberat 41.70 gram dianggarkan bernilai RM1,500. Tambahnya, suspek dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Dalam perkembangan lain, bagi tempoh empat hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Khamis lalu, seramai 108 individu dikompaun RM1,000 kerana mengingkari perintah terbabit. Kata Shamsul, Polis Klang Selatan telah melaksanakan sembilan sekatan jalan raya membabitkan lima lokasi statik dan empat lagi secara bergerak.

Ujar beliau lagi, lokasi berkenaan ialah susur keluar Majlis Perbandaran Klang (MPK), susur keluar Jalan Kebun, Jalan Langat, Jalan Dato Sidin, Jalan Sungai Udang Kampung Delek, Sentosa, Bukit Tinggi, Pandamaran dan Pelabuhan Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply