ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantaran mel dan bungkusan antarabangsa Pos Malaysia dihentikan sementara – Boleh guna AsiaXpress

Berita Tempatan

Views

Menerusi hantaran terbaharu yang dikemaskini di laman Facebook rasminya, Pos Malaysia mengumumkan perkhidmatan kurier antarabangsa AsiaXpress boleh digunakan bagi menghantar mel serta bungkusan antarabangsa ke lebih 220 negara. Perkhidmatan tersebut tersedia di pejabat pos yang terpilih dan para pelanggan boleh melayari asiaxpress.net.my untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Ia merupakan alternatif yang disediakan apabila Pos Malaysia menghentikan sementara penghantaran keluar mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos sehingga diberitahu kelak.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Bagi mel dan bungkusan antarabangsa yang diserahkan untuk pengeposan sebelum tarikh tersebut, penghantaran tetap diteruskan seperti biasa. Pemberhentian sementara ini adalah disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang mengakibatkan sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply