ARKIB

KATEGORI

Tular

Jemaah haji warga emas minta turun dari pesawat untuk beri ayam makan

Tular

Views

Video seorang bakal jemaah haji warga emas dari Jawa Barat, Indonesia, secara tiba-tiba meminta untuk turun dari pesawat kerana mahu memberi ayamnya makan, tular di media sosial.

Bakal jemaah haji itu, Juhani, 95, dari daerah Malajengka, tular di media sosial, ketika dia menghampiri seorang pramugari dan meminta untuk turun, sedangkan pesawat berkenaan sudah hampir mendarat di Madinah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam keterbatasan bahasa, pramugari itu hanya mengangguk dan tertawa serta mengisyaratkan Juhani supaya kembali ke tempat duduknya.

Memetik laporan Tribunnews, tindakan Juhani, yang lebih mesra dipanggil abah Juhani itu mengundang ketawa penumpang lain.

Petugas haji dari Majalengka, Yuyud Aspiyudin, yang merakam video berkenaan, berkata selepas mendapat pengesahan daripada anak Juhani, dia sebenarnya tidak mempunyai ayam.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagaimanapun, Juhani sememangnya memberi makan kepada ayam milik anaknya setiap hari. Anaknya yang mempunyai ayam. Abah tiada ayam tetapi setiap hari, dia memberi makan ayam itu.

Selepas diperiksa, didapati Juhani kerap bercerita mengenai ayam kepada bakal jemaah lain. Mengenai keadaan kesihatan Juhani, Tenaga Kesehatan Haji (TKH) Kloter KJT 1, Dr Amalia Pratiwi D, berkata warga emas itu mengalami kegelisahan kerana kali pertama menaiki pesawat.

Bukan itu saja, Juhani tidak mahu duduk dan terus mundar-mandir ke depan dan belakang pesawat. Dia juga disahkan mengalami demensia atau susut daya ingatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply