ARKIB

KATEGORI

Tular

Tiga lelaki menyamar polis menaiki Honda City diburu

Tular

Views

Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan menahan sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 41.5 Lebuhraya Utara- Selatan menghala ke utara, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video tular pada 1.52 tengah hari yang memaparkan mangsa dikejar kenderaan dinaiki penyamar itu.

Katanya, tiga lelaki menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu ‘beacon‘ seakan milik polis dan cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pemilik akaun bernama Freeman Gan berkongsi video itu di Facebooknya memaparkan dia dikejar sebuah kereta jenis Honda City yang dinaiki tiga individu yang menyamar sebagai pasukan polis.

Mengikut maklumat yang diterima, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui Lebuhraya Utara-selatan menghala ke utara.

Beliau berkata, sehingga kini mangsa masih belum hadir ke balai polis membuat laporan berkenaan kejadian ini. Polis Daerah Kulai masih dalam usaha kesan pemilik kereta itu untuk siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dengan menghubungi talian 07-6637222 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan. Sejak awal pagi tadi, video berdurasi 26 saat tular di media sosial memaparkan mangsa dikejar sebuah kereta berwarna perak, dinaiki tiga lelaki yang menyamar sebagai polis.

Rakaman video pendek itu menunjukkan kesemua suspek berpakaian rompi (vest) seperti polis dan mengenakan pelitup muka bagi mengelak wajahnya dirakam. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply