ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masalah ECU beg udara – Daihatsu Indonesia ‘panggil balik’ 1,210 unit Xenia dan Rocky

Berita Global

Views

Astra Daihatsu Motor (ADM) menerusi satu kenyataan media semalam mengumumkan program ‘special service campaign‘ atau memanggil balik sebanyak 1,210 unit model Xenia dan Rocky.

Menerusi program ini, Daihatsu akan melakukan pemeriksaan dan penggantian unit kawalan elektronik (ECU) beg udara pada kedua-dua model berkenaan agar beg udara dapat berfungsi dengan baik, atau mengembung semasa berlakunya rempuhan pada bahagian sisi hadapan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Unit yang terlibat adalah Xenia dan Rocky yang dikeluarkan antara 15 Disember 2022 hingga 11 Januari 2023 dengan jumlah sebanyak 1,095 unit Xenia dan 115 unit Rocky.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Pengarah Perancangan Korporat dan Komunikasi PT Astra Daihatsu Motor, Sri Agung Handayani, pihaknya menyeru para pelanggan yang terlibat untuk melakukan pemeriksaan dan penggantian komponen berkenaan di pusat servis rasmi Daihatsu berhampiran.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pelanggan juga boleh menyemak status kenderaan mereka sama ada terlibat dalam program ini menerusi pautan https://recall.daihatsu.co.id dengan memasukkan nombor casis kenderaan atau menghubungi Daihatsu Access di 1-500-898.

Seperti yang kita ketahui, Xenia dan Rocky mempunyai ‘saudara kembar’ di Malaysia iatu Perodua Alza dan Ativa. Bukan itu sahaja, satu lagi kembar versi Toyota, iaitu Veloz turut dijual di negara ini oleh UMW Toyota.

Adakah ketiga-tiga model ini akan turut dipanggil balik? Setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan mengenai isu tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Daihatsu Indonesia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply