ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Perak bakal lelong kenderaan sita – Harga serendah RM50

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan mengadakan lelongan 105 kenderaan pada 25 September ini. Antara kenderaan yang bakal dilelong nanti termasuklah 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan sebuah lori.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, semua kenderaan akan dilelong melalui lelongan awam itu dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama empat hari bermula Selasa lalu sehingga Jumaat. Katanya,  dokumen pelelongan awam sudah mula dijual bermula 10 September lalu dengan harga RM70 dan orang ramai masih boleh mendapatkannya sehingga jam 4 petang pada 24 September ini.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dokumen atau buku ini boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Perak dan orang ramai yang mahu membelinya perlu membawa bersama salinan kad pengenalan. Severinus berkata, semua kenderaan berkenaan akan dilelong bermula jam 9 pagi, 25 September bertempat di JPJ Perak membabitkan kenderaan yang boleh dilesenkan semula dan juga tidak boleh dilesenkan.

Tambahnya, antara kenderaan yang menarik untuk dibida adalah Toyota Wish, Mercedes-Benz, BMW, Subaru Impreza selain motosikal Yamaha 125Z, Honda EX-5 dan banyak lagi. Harga lelongan pula bermula serendah RM50. Ini adalah lelongan awam siri kedua tahun ini dan kenderaan dilelong adalah membabitkan kenderaan disita keseluruhan enam cawangan JPJ di negeri itu.

Foto kredit Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply