ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerebu – MIROS keluar panduan keselamatan jalan raya untuk pemandu dan penunggang

Berita Tempatan

Views

Memandangkan situasi jerebu yang semakin buruk, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menasihatkan para pemandu dan penunggang supaya lebih berwaspada bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Mengikut kajian MIROS berdasarkan input dari pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemalangan jalan raya lebih banyak berlaku dalam cuaca baik kerana faktor kelajuan.

Namun risiko kemalangan semasa cuaca buruk jugak agak tinggi kerana beberapa faktor lain seperti permukaan jalan yang licin dan masalah berkaitan penglihatan, sama ada kemampuan untuk melihat atau dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Berikut adalah beberapa garis panduan keselamatan jalan raya untuk pemandu dan penunggang dalam situasi jerebu:

  • Sila periksa dan pastikan semua lampu kenderaan berfungsi dengan baik supaya kenderaan anda mudah untuk dilihat.
  • Hidupkan lampu kenderaan semasa memandu bagi meningkatkan tahap kebolehlihatan pengguna jalan raya yang lain. Elakkan dari menggunakan lampu tinggi kerana partikel air yang wujud dalam udara boleh membias dan memantulkan cahaya tersebut. Gunakannya apabila perlu sahaja.
  • Nyalakan lampu kabus sekiranya jarak penglihatan sangat terhad.
  • Perlu lebih peka kepada persekitaran kerana tabiat memandu atau kebiasaan tidak lagi sesuai walaupun menggunakan laluan yang sering digunakan.
  • Perlahankan kenderaan anda kerana kelajuan yang rendah memberi anda lebih lebih ruang untuk bertindak sekiranya perlu.
  • Tambahkan jarak sekiranya anda mengekori kenderaan di hadapan. Bergantung kepada keadaan semasa jarak mengekori boleh berubah daripada 4 hingga 12 saat. Ruang selamat ini penting bagi memastikan anda sempat bertindak sekiranya berlaku situasi kecemasan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain itu penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk memakai pakaian yang terang atau jaket pemantul cahaya. Sila berhenti di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau di tempat yang dikhaskan untuk berhenti sekiranya tidak selamat untuk meneruskan perjalanan. Bagi pejalan kaki pula, mereka disarankan untuk lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan hanya melintas di tempat yang telah ditetapkan.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada kita semua. Kami juga nak berepasan supaya jangan lupa pakai topeng muka yang sesuai, kurangkan aktiviti di luar dan banyakkan minum air kosong. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan kredit Iflscience.com

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply