ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Perodua Axia 2019 bakal dilancarkan esok?

Foto Intipan

Views

Jangkaan kami sebelum ini mengenai pelancaran Perodua Axia 2019 akan dibuat dalam minggu ini sememangnya tepat. Sepatutnya majlis pelancaran ini dibuat semasa karnival MYPerodua Nation yang dijadualkan bermula dari 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Namun disebabkan situasi jerebu yang semakin membimbangkan selain faktor kesihatan para pengunjung, Perodua telah mengumumkan penangguhannya ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Tetapi ia tidak membantutkan hasrat Perodua untuk memperkenalkan Axia 2019 pagi esok di satu lokasi baharu.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sebelum artikel ini ditulis foto-foto tiris Axia 2019 terutama sekali varian STYLE telah tular di laman-laman sosial dan juga portal permotoran tempatan. Hujung minggu lalu Perodua menayangkan iklan acah model yang dikemaskini itu semasa konsert Big Stage 2019 minggu ke-5 di saluran Astro Gempak.

Buat masa ini kami hanya mampu menyiarkan foto intipan Axia 2019 yang sedang turun dari treler pengangkut yang berjaya dirakam oleh seorang warganet bernama Ahmad Hafizan. Namun tidak diketahui bila dan di mana foto ini dirakam. Apa pun, nantikan pelancaran Axia 2019 esok, kami akan membawa info terkini dari semasa ke semasa.

Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply