ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50, X70 dan Saga kini sedang berlayar ke Afrika Selatan – Bakal tiba Julai ini!

Berita Tempatan

Views

Pada 27 Mei lalu, Proton telah memulakan penghantaran pertama ke Afrika Selatan selepas memeterai perjanjian dengan CMH Group sebagai pengedar rasminya di sana. Antara model-model yang dihantar terdiri daripada X50, X70 dan Saga.

Kapal yang mengangkut kenderaan itu telah berlepas dari Westport, Klang, dan dijangka tiba di Durban, Afrika Selatan, pada bulan Julai tahun ini.

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, pihaknya yakin ketiga-tiga model ini mempunyai kombinasi ciri-ciri dan nilai untuk wang yang mencukupi untuk bersaing di Afrika Selatan.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tambahnya, pada minggu lalu, beberapa ahli pengurusan CMH Group telah melawat Malaysia untuk bermesyuarat bersama Proton serta melawat pengedar dan kilang di Tanjung Malim,

Jualan eksport Proton mengalami pertambahan pada tahun ini, berikutan dari peningkatan permintaan sebanyak 77 peratus untuk model X50 dan dan 31 peratus bagi model X70.

Pada suku pertama tahun ini, jumlah keseluruhan eksport meningkat sebanyak 175 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada 2021. Kadar pertumbuhan itu dijangka akan terus melonjak kerana syarikat mempunyai sasaran untuk menambah jualan sebanyak 300 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Untuk mencapai sasaran itu, operasi pemasangan tempatan (CKD) perlu diperluaskan. Buat masa kini, ia telah bermula di Pakistan, Kenya dan Bangladesh, manakala Sri Lanka bakal mengikut jejak negara-negara tersebut pada separuh tahun kedua 2022.

Bagi tiga tahun sebelum ini, Proton telah menambahkan pegangan jumlah bagi kenderaan eksport Malaysia dari 12.8 peratus pada tahun 2019 ke 30.2 peratus pada 2020 dan 61.0 peratus pada 2021 meskipun ada banyak halangan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, peningkatan jualan eksport amat penting bagi syarikat dan mereka perlu ‘menerjah’ lebih banyak pasaran baharu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan.

Maka dengan itu, pihaknya telah membuat pelaburan di Tanjung Malim dan bagi operasi luar negara untuk memastikan mereka dapat merebut peluang yang bakal diterima.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply