ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom bercuti di puncak gunung bersama ‘geng Ford Ranger’ Mei ini

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal menganjurkan dua edisi baharu Ford Ranger Getaways pada ada bulan Mei, sempena meraikan Hari Ibu pada tahun ini.

Dua lokasi menarik telah menjadi pilihan, yang pertama “A Trip Through Nature” di Gunung Jerai pada 6 Mei 2023, manakala yang kedua “Chase the Sunrise in Cameron Highlands” pada 27 hingga 28 Mei 2023.

Ia juga merupakan lawatan semalaman pertama dalam siri Ford Ranger Getaways pada tahun ini. Acara ini memberi peluang kepada para pemilik Ranger untuk bersua serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, program ini bakal menawarkan pengalaman yang menyeluruh selain membolehkan pelanggan meneroka kepelbagaian Ranger Life.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Di Gunung Jerai, konvoi Ford Ranger bakal menikmati keseronokan memandu di atas lereng curam semasa menuju ke puncaknya.

Di sepanjang jalan, mereka akan berdepan dengan cabaran 4×4, sambil mempelajari tentang ciri kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki dan laluan condong sisi di Bukit Kuang yang dikendalikan oleh pelatih profesional.

Ketika di puncak pada ketinggian lebih daripada 1,000 meter dari paras laut, para peserta akan menjamu selera di kawasan terbuka menanti sambil menikmati pemandangan luas menghadap pesisir pantai dan kawasan sawah pagi.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti merentasi alam semula jadi, aktiviti mendaki santai dengan pemandu arah selama 30-minit juga disediakan, menelusuri laluan tangga ke air terjun Alur Naga.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Di Cameron Highlands, para peserta akan berkonvoi selama dua hari. Setibanya di resort, beberapa aktiviti menanti untuk membolehkan mereka saling berkenalan dan beramah mesra, termasuk parti BBQ dan menonton wayang terbuka.

Kemuncak perjalanan ini ialah untuk mengejar matahari terbit pada hari ke dua. Peserta akan keluar awal dan berkonvoi sejauh 40 km menuju ke sudut pemandangan misteri untuk menyaksikan sendiri panorama matahari terbit yang menakjubkan.

Kedua-dua percutian ini boleh menampung sehingga empat orang bagi setiap kenderaan. Harga termasuk insurans untuk pelancong yang berumur 1 hingga 80 tahun. Tiada bayaran dikenakan bagi anak-kanak yang berumur 16 dan ke bawah.

Lawatan ke Gunung Jerai tersedia dalam dua pakej. Pakej Individu & Pasangan ditawarkan pada harga RM456.02 seorang manakala Pakej Keluarga berharga RM1,716.49 untuk empat orang dewasa.

Harga untuk pengembaraan ke Cameron Highlands bermula dari RM1,047.77 seorang. Pemilik Ranger generasi baharu pula boleh menikmati diskaun 30 peratus melalui kod kad keistimewaan Inner Circle mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply