ARKIB

KATEGORI

Tular

Kantoi buat ‘onar’ dalam Axia merah, pasangan kekasih ditahan

Tular

Views

Sepasang kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan, di dua lokasi berbeza secara berasingan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di TikTok baru-baru ini.

Katanya, penahanan tersebut membabitkan lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 17 tahun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, semakan dibuat mendapati kedua-dua warga tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu itu di dalam sebuah kenderaan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply