ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Delica Mini 2023 dilancarkan untuk pasaran Jepun, harga dari RM60,275

Berita Global

Views

Setelah membuat debut global sulungnya pada awal November lalu, Mitsubishi secara rasminya melancarkan model ‘kei car’ terbaharu, Delica Mini di Jepun.

Model hatchback cilik dengan gaya rekaan kotak ini ditawarkan dengan pilihan pacuan semua-roda dan rangkaian kuasa hibrid.

Ia dilengkapi pintu belakang gelangsar bebas-tangan dan reka bentuk badannya pula diinspirasikan dari model Delica D:5 dengan penggayaan ala sebuah SUV/crossover.

Dari segi dimensi, Delica Mini berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan 1,830 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,495 mm.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Bergantung kepada varian, ia dilengkapi dengan pilihan rim bersaiz 14-inci atau 15-inci dengan tayar 155/65 R14 atau 165/55 R15 untuk versi pacuan roda hadapan.

Varian AWD pula dilengkapi dengan rim bersaiz 15-inci yang dibaluti tayar 165/60 R15. Bukan itu sahaja, varian AWD turut mendapat penalaan khas pada komponen penyerap hentak.

Delica Mini dijana oleh enjin tiga-silinder 0.66-liter aspirasi alami (NA) yang menghasilkan 52 kuasa kuda dan 60 Nm daya kilas untuk model asas. Untuk versi ‘lebih power’, enjinnya mampu menjana 64 kuasa kuda dan 100 Nm daya kilas.

Kedua-dua versi enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT dan boleh digandingkan sama ada dengan pacuan roda hadapan (FWD) atau semua-roda (AWD). Meskipun bertubuh kecil, Delica Mini sarat dengan pelbagai ciri.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain sistem Kawalan Cengkaman dan Kawalan Melongsor, ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED adaptif (dengan pancaran tinggi automatik), kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong dan pengecaman papan tanda jalan raya.

Di ruang kabin, tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri fabrik kalis-air, malah ruangan kargonya turut mempunyai ciri kalis-kotoran. Delica Mini ditawarkan dengan 12 pilihan warna, separuh daripadanya adalah versi dwitona.

Ia akan mula dijual pada 25  Mei nanti di ‘negara matahari terbit’ dengan tanda harga bermula dari 1,804,000 Yen (RM60,275) hingga 2,238,500 Yen (RM74,789).

Setakat ini Mitsubishi telah menerima sebanyak 9,000 unit tempahan dengan 60 peratus daripadanya adalah versi AWD, manakala lebih 80 peratus pelanggan telah memilih varian mercu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply