ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ kesan premis jual kenderaan terpakai kepada warga asing

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat mengesan premis menjual kenderaan terpakai yang aktif menjual kereta kepada warga asing.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, premis berkenaan akan menerima bayaran secara tunai bagi memudahkan urusan dan mengelakkan dikesan.

Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran maklumat pembeli.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Ada beberapa premis yang sudah disenarai untuk diambil tindakan di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya di Kota Bharu pada Selasa.

Mohd Misuari berkata, sebelum ini mereka bebas datang ke JPJ untuk membayar kompaun dan membawa pulang kenderaan apabila kenderaan itu disita.

“Kita juga sedang memikirkan tindakan yang boleh diambil sebagai pengajaran. Bukan untuk menghukum tetapi mengelakkan perkara itu tidak menjadi satu amalan,” katanya.

Menurut Mohd Misuari, ada penahanan membabitkan etnik Rohingya yang membeli kenderaan selepas menerima wang sebanyak RM2,000 daripada abangnya di Australia semata-mata untuk membeli kereta di sini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam perkembangan lain, sebanyak 24 kes kesalahan pemanduan dan pemilikan kenderaan melibatkan etnik Rohingya didakwa di mahkamah dalam tempoh hampir dua bulan.

Tambah beliau, jumlah denda keseluruhan ialah RM85,000. “Alasan mereka ketika ditahan ialah meminjam kenderaan dan menyewa tetapi yang pasti ada transaksi pembelian antara warga tempatan,” katanya.

Jelasnya, warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah akan menyukarkan untuk membuat tuntutan insurans pihak ketiga sekiranya terlibat dengan kemalangan.

“Pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu juga tidak terlatih dan tidak cekap mengendalikan kenderaan serta tidak memahami undang-undang jalan raya seterusnya boleh mengundang risiko berlaku kemalangan,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Bjak

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply