ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga asing ‘kantoi’ pandu lori sampah tanpa lesen

Berita Tempatan

Views

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor memaklumkan mereka berjaya mengesan seorang warga asing yang memandu lori sampah tanpa lesen memandu yang sah dalam operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar Meru dan Kapar semalam.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Operasi ini turut disertai oleh Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Selangor bagi membanteras PEWA yang secara berleluasa melakukan kesalahan. Antara kesalahan yang dikesan adalah Tiada Lesen Memandu (CDL) dengan 32 kesalahan, diikuti dengan Lesen Kenderaan Tamat Tempoh sebanyak 16 kesalahan, Tiada Lesen Vokasional (GDL) sebanyak 14 notis dan 37 kesalahan lain-lain.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sebanyak 147 notis kesalahan turut dikeluarkan menerusi 85 kenderaan yang diperiksa oleh mereka. Kosmo! Online melaporkan seramai 19 warga asing yang telah diperiksa didapati menggunakan motosikal bagi menghantar barangan kitar semula, menjual roti selain memandu lori sampah.

Dalam operasi itu, sebanyak 85 buah kenderaan telah diperiksa, 28 kenderaan telah diambil tindakan dan 5 orang warga asing 19 orang yang diperiksa ditahan oleh JIM tiada dokumen penjalanan yang sah. Dalam perkembangan sama, JPJ Selangor turut memaklumkan seramai 5 warga asing ditahan terdiri daripada dua warga Bangladesh dan masing-masing satu warga India, Kemboja dan Indonesia berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka kini ditahan oleh Jabatan Imigresen Selangor.

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply