Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi Polis Kontinjen Kelantan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkusaan Trafik ( JSPT ) Kontinjen Kelantan akan membuka kaunter semakan dan bayaran saman trafik PDRM dengan tawaran diskaun saman 50 peratus selama tiga hari bermula 6 Januari 2020 (hari ini) sehingga 8 Januari 2020.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
Diskaun saman sehingga 50 peratus TIDAK TERMASUK saman-saman berikut:
- Saman kemalangan.
- Saman berstatus N/C (No Compound).
- Saman berstatus waran tahun semasa.
- Saman dalam perbicaraan.
- Saman OPS SELAMAT tahun semasa.
- Saman berstatus mahkamah.
- Saman berkaitan kenderaan perdagangan.
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
Kaunter semakan dan bayaran akan dibuka di Dewan Tan Sri Fuzi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada tarikh dan masa berikut :-
Tarikh : 6 Januari 2020
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tarikh : 7 Januari 2020 – 8 Januari 2020
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Saman trafik PDRM yang layak menerima diskaun 50 peratus adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Orang ramai dijemput hadir.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
KOMEN TERKINI