ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Lampu isyarat tak berfungsi, apa yang perlu anda buat?

Info

Views

Kami nak sampaikan satu info yang berguna kepada anda yang telah dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Pernah tak anda berhadapan dengan situasi di mana lampu isyarat tidak berfungsi di persimpangan jalan? Mesti menggelabah juga kan, nak pulak pemandu yang baru je dapat lesen.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya lampu isyarat tidak berfungsi?

  • Paling penting, perlahankan kenderaan anda, jangan ikut sedap kaki je nak tekan pedal minyak.
  • Anggap persimpangan itu tidak dikawal (tiada lampu isyarat, tanda berhenti atau tanda beri laluan).
  • Beri keutamaan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan anda.
  • Teruskan memandu dengan berhati-hati.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Berikut adalah peraturan untuk memberi laluan (rujuk infografik di bawah):

  • Memberi laluan di persimpangan yang tidak dikawal
    Anda mestilah memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan anda di persimpangan yang tidak dikawal.
  • Memberi laluan di simpang tiga
    Jika anda memandu di laluan yang hujungnya terdapat simpang tiga, anda mestilah memberi laluan kepada semua kenderaan lain (kecuali yang membuat pusingan U) dari arah jalan yang lurus di persimpangan.
  • Memberi laluan semasa membelok
    Semasa membelok ke kanan di persimpangan itu tidak dikawal (tanpa lorong membelok), anda mestilah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah berlawanan dan kenderaan yang memandu lurus di persimpangan atau membelok ke kiri di persimpangan.

Semoga info ini memberi manfaat! Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan yang lain juga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply