ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jual makanan secara pandu lalu – Cara alternatif jika bazar Ramadan dibatalkan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, peniaga perlu akur dan memikirkan cara untuk memasarkan produk dan jualan mereka sekiranya bazar Ramadan tidak dianjurkan tahun ini berikutan kebimbangan penularan COVID-19. Menurut peniaga makanan, Mohammed Farid Mohammed Fadzil, 29, walaupun sukar namun dia akur dengan segala keputusan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Katanya, setakat ini, dia hanya terfikir tentang kaedah pandu lalu bagi pelanggan yang mahu membeli juadah berbuka puasa. Dia sendiri sudah lapan tahun berniaga di bazar Ramadan dengan menjual makanan seperti nasi ayam, nasi goreng dan mi goreng.

Jelasnya, sepanjang Ramadan sebelum ini, dia menyewa dua tapak iaitu di Setia Tropika dan Bandar Baru Uda. Tambahnya, jika diputuskan tiada bazar Ramadan di negeri ini, dia akan mengambil tempahan makanan dan pelanggan boleh mengambilnya secara pandu lalu di rumah saya di Kampung Melayu.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Menurutnya, di bazar Ramadan sebelum ini, dia mampu menjual 40 bungkus nasi ayam dan empat kilogram mi goreng sehari. Mungkin jualan agak berkurangan jika guna kaedah pandu lalu kerana pelanggan tidak boleh melihat juadah yang mereka hendak beli.

Katanya lagi, mungkin tempahan diterima daripada pelanggan tetap atau rakan. Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, bazar Ramadan tidak sesuai diadakan di Johor susulan penularan Covid-19. Menerusi akaun rasmi Facebooknya baginda bertitah, ini kerana, risiko berlaku kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit Teganukita.net

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply