ARKIB

KATEGORI

Tular

Jualan amal plat ALL 414 dalam talian dikecam warganet kerana didakwa ‘menunggang agama’

Tular

Views

Kebetulan hantaran iklan jualan amal ini melintas di garis masa penulis, lantas berasa terpanggil untuk kongsikan kisahnya yang sedang tular. Ia telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama FISZ MAN IN BLACK yang berkongsi iklan jualan amal nombor plat ALL414 bersama sebuah kapcai Yamaha Y15ZR V2 (Y-Suku) baharu.

Katanya, sebahagian keuntungan jualan motor dan plat ini akan diwakafkan ke Madrasah Ashabus Suffah bagi membeli sebuah van yang akan membawa anak-anak tahfiz. Harga yang ditetapkan bagi kombo nombor plat ALL414 dan Yamaha Y15ZR V2 ini adalah RM25,000. Jika anda ingin membeli nombor plat sahaja, ia boleh dijual secara berasingan dengan harga RM17,000!

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Ini bermakna jika ditolak harga nombor plat, harga Y-Suku hanya RM8,000 sahaja. Difahamkan kapcai ini baharu sahaja dibeli dengan jarak perbatuan hanya 8km dan masih belum diisi minyak lagi. Jika ada yang berminat dengan kedua-dua barangan ini boleh menghubungi ‘Cikgu E‘ yang merupakan Pegawai Dana untuk madrasah milik Ustaz Muhammad James Baven menerusi talian 019-545 9353.

Disebabkan hantaran ini, Rejimen Laskar Bawang SeMalaysia (warganet) bersatu hati mempertikai kaedah jualan amal ini yang dikatakan ‘menunggang agama‘. Rata-rata mereka mempertikaikan penjualan nombor plat ALL414 (susunannya sengaja dirapatkan supaya dibaca dengan sebutan ALLAH) yang tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan kerana dibimbangi ‘menghina’ nama tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Ada juga yang berkata nombor plat sebegitu tidak sepatutnya dijual oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana dikhuatiri ada pihak yang cuba “menangguk di air keruh”. Tidak kurang juga ada yang bertukar menjadi ‘Detektif Conan‘ dengan menyiasat harga asal nombor plat tersebut yang dibeli pada harga RM5,500.

Namun sebentar tadi FISZ MAN IN BLACK telah memuatnaik satu hantaran baharu yang mengatakan ramai tersalah faham dengan hantaran ‘panas’ tersebut kerana dia langsung tidak mengenali individu yang menjual dan hanya ‘kongsikannya sahaja’. Hantaran itu juga telah ditarik balik.

Tambahnya, nombor plat tersebut dikhabarkan telah pun dijual dan ia diumumkan sendiri oleh ‘tuan punya’ hantaran asal iklan iaitu, Nassry Mardee Ismail IV atau Cikgu E. Dalam masa yang sama Fisz turut memohon maaf kepada warganet atas kekhilafan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply