ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton bagi bulan Mei meningkat 10.8 peratus – Saga paling laris, kedua dalam segmennya

Berita Tempatan

Views

Proton mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit (tempatan dan eksport) bagi bulan Mei setelah berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan komponen.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding dengan April 2022 dan 3.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Pengeluar automotif tempatan itu juga masih kekal di kedudukan kedua dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6 peratus manakala jumlah pegangan pasaran tahunan (YTD) dianggarkan berada pada 17.1 peratus.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei membolehkan ia menduduki tangga pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan.

Dua lagi model Proton yang masih mengguli kedudukan teratas di segmen masing-masing adalah X70 dan Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.

Model terlarisnya, Saga berjaya mencapai 3,996 unit pada bulan Mei, berada di tangga kedua bagi sedan segmen-A. Ini adalah pencapaian yang baik memandangkan mereka perlu menguruskan peralihan model dari versi lama ke versi Saga 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei lalu.

Model yang terkini menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan serta peningkatan keselamatan dan kualiti. Lebih 12,000 tempahan Saga 2022 telah pun diterima setakat ini.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Saga juga menunjukkan prestasi yang baik di pasaran eksport. Jumlah eksportnya tahun ini adalah sebanyak 1,482 unit, penambahan sebanyak 71 peratus berbanding tahun lalu.

Jualan eksport bulan Mei sebanyak 513 unit adalah penambahan sebanyak 12.5 peratus berbanding bulan lepas, manakala jualan keseluruhan tahunan sebanyak 2,086 unit adalah penambahan sebanyak 47.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Bagi lima bulan pertama tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 1,350 unit diikuti oleh Mesir 172 unit, manakala Brunei sebanyak 158 unit.

Menurut Timbalan Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah, peningkatan jualan syarikat pada bulan Mei disebabkan mereka menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran. Tambah beliau, Proton amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply