Sekali lagi KIA Motors Korea memainkan perasaan warganet dengan menyiarkan beberapa lagi lakaran rasmi sedan saiz sederhana K5 serba baharu yang bakal dikenali sebagai Optima 2021 di Amerika Syarikat. Seperti yang kami paparkan dalam artikel terdahulu ia bakal dilancarkan pada bulan Disember ini.
Generasi ketiga KIA K5 akan tampil dengan rekaan serba baharu sepenuhnya, sama seperti yang boleh dilihat pada lakaran tersebut. K5 serba baharu akan berevolusi dari sebuah sedan kepada fastback dengan gaya rekaan yang futuristik.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Rekaan hadapan K5 serba baharu menampilkan reka bentuk lampu yang aggresif bersambung dengan jeriji ‘hidung harimau’ gaya baharu membentuk imek grafik tunggal. Paling unik adalah bentuk lampu siang LED yang diilihamkan dari “garis denyutan jantung”, satu idea yang agak pelik dan luar dari kebiasaan.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
Di belakang, susunan lampu jenis LED yang bersambung membentuk jalur garisan putus-putus juga diinspirasikan dari garis denyutan jantung, tapi kali ini ia nampak lebih konvensional. Di bahagian kabin, rekaan papan pemukanya menampilkan panel instrumen digital sepenuhnya bersebelahan dengan paparan skrin tengah yang lebar menghadap ke arah pemandu.
Sistem AVN (Navigasi Audio Video)nya pula dikatakan bakal menawarkan kualiti imej futuristik menerusi skrin utama tiga-dimensi. Generasi ketiga K5 bakal membuat debut global pertamanya di Korea pada bulan Disember sebelum dilancarkan di Amerika Utara tahun depan sebagai Optima 2021.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
KOMEN TERKINI