ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah pengunjung ke Teluk Cempedak dihadkan kepada 1,000 orang mulai 7 Ogos ini

Berita Tempatan

Views

Majlis Perbandaran Kuantan menerusi hantaran terkini di laman Facebook rasminya semalam mengumumkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadkan jumlah bilangan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak kepada 1,000 sahaja pada satu-satu masa berkuatkuasa 7 Ogos 2020 dalam usaha untuk mengawal penularan semula pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Menurut kenyataan tersebut, kawalan bilangan pengunjung ini akan dipantau melalui kad nombor giliran yang akan diedarkan di pos kawalan pintu masuk dan ia perlu diserahkan semula di pintu keluar yang ditetapkan. Aktiviti kawalan ini walaubagaimanapun tidak akan menjejaskan perkhidmatan pandu lalu di restoran makanan segera McDonald’s dan KFC.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Operasi penguatkuasaan ini akan diketuai oleh PDRM, anggota penguatkuasa MPK dan RELA yang akan memfokuskan untuk memastikan semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal yang ditetapkan demi kebaikan dan keselamatan pengunjung ketika berada di pantai peranginan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit destinasipercutian.com

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply