Harian Metro melaporkan polis menafikan video tular kononnya penunggang motosikal dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka yang bermula kelmarin kerana individu terbabit disaman selepas tidak menggunakan lorong motosikal.
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, pihaknya mendapati satu video tular operasi yang dijalankan oleh JSPT disalah tafsir sebagai tindakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka yang kini tersebar di media sosial.
Menurutnya, JSPT ingin menegaskan video yang ditularkan adalah operasi yang dijalankan oleh JSPT Selangor pada 12 Jun 2019 di Lebuhraya Persekutuan. Kata beliau, operasi diadakan bertujuan mengambil tindakan ke atas penunggang motosikal yang tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan.
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
Tambah beliau, hasil operasi sebanyak 227 saman dikeluarkan atas kesalahan yang mana menunjukkan masih ramai penunggang motosikal yang gagal patuhi peraturan selain risiko bahaya kepada petugas JSPT dalam menguatkuasakan undang-undang.
Mohd Nadzri berkata, JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran video atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial. Kata beliau lagi, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati masih dengan sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas untuk mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
KOMEN TERKINI